Rangkaian Produk untuk Batuk & Selsema

Salam dan hi buat anda semua,





Salam & hi,
Anak batuk selsema berpanjangan? Atau ingin menguatkan system imunisasi anak2 anda? Dah beri ubat berhari-hari tapi tiada perubahan positif?

Secara peribadi, saya merupakan ibu kepada 4 orang anak termasuk kembar lelaki yang dihantar ke Pusat Asuhan @ Nursery. Mereka tidak lekang dari dijangkiti batuk dan selsema yang berpanjangan malah bergilir dimasukkan ke hospital kerana batuk dan selsema telah bertukar menjadi jangkitan paru-paru. Keadaan itu berubah apabila kami melawat USA pada 2012 dan 2013 di mana saya telah didedahkan dengan rawatan dan pencegahan secara semulajadi setelah saya buntu dengan keadaan anak-anak saya yang selalu sakit sehingga saya terlupa bagaimana mereka ketika sihat.

Berulang alik ke pelbagai klinik dan pelbagai ubatan telah saya bagi mereka makan seperti ubat itu makanan asasi. Akan tetapi, Alhamdulillah, berkat doa seorang ibu, mungkin, saya amalkan urutan dan sapuan menggunakan ekstrak tumbuhan dan Essential Oils, sakit seperti batuk dan selsema anak-anak saya terkawal dan kami sekeluarga bebas dari berkunjung ke hospital seperti sebelumnya.

Jadi, kami ingin berkongsi ilmu dan pengalaman ini dengan anda pula.

Kami, Mama Homemade ingin memperkenalkan rangkaian Balm yang diperbuat dari bahan-bahan semulajadi seperti bawang putih, dan kunyit dicampur dengan Minyak Pati atau Essential Oil yang kebanyakannya diperoleh dari USA dan tak kurang juga dari pasaran tempatan. Produk kami bukanlah ubat tetapi menggantikan produk sapuan di pasaran yang sarat dengan bahan kimia yang semestinya merbahaya pada anda apatah lagi bayi anda.

Balm Bawang putih kami @ Garlic Balm dikategorikan pada 4 kumpulan:
*Dari Lahir ke atas
*Dari 6 bulan ke atas
*Dari 2 tahun ke atas &
*Dari 6 tahun ke atas

Kami akan sertakan kertas panduan/leaflet sebagai panduan untuk guna & simpan product kami contohnya urutan Tuina yang dikatakan sangan berkesan untuk meredakan batuk & selsema terutamanya bayi dan kanak2.

Setiap balm kami berharga RM10 untuk 60g sebagai harga permulaan dan pembelian 8 balm dan ke bawah kos Poslaju ialah RM7.

Semoga produk kami bermanfaat dalam misi kami ingin memberi pendedahan tentang pentingnya rawatan semulajadi sebagai rawatan alternative untuk menyokong proses pemulihan anak-anak anda. Diminta juga agar anda tidak salah faham dengan tujuan produk ini dihasilkan bukan untuk menandingi ubat-ubatan yang ada tetapi membentu proses pemulihan yang lebih cepat dan efektif.

Sila layari
FB Page kami www.facebook.com/mamahomemadebalm untuk melihat dan mengetahui maklumat lebih lanjut tentang rangkaian balm kami.

Terima kasih dan maaf jika mesej ini mengganggu anda.

Azlin Zain | 0193110844
 









Comments

Popular posts from this blog

Garlic & Vapor Balm / Oil

Cara-cara Mengawal Anak-anak Batuk & Selsema Yang Perlu Ibu Bapa Tahu.

7 item yang PERLU ADA dalam beg anak yang dihantar ke pengasuh/taska